Ahad, 9 Disember 2012

Kesan Negatif daripada Kompleks Beli Belah

Pusat membeli-belah atau medan membeli-belah ialah sebuah atau segugusan bangunan yang membentuk sebuah kompleks kedai perniagaan, laluan pejalan kaki bersambungan yang memudahkan perjalanan pengunjung dari satu unit ke satu unit, di samping tempat letak kereta ibarat pasar dalam bangunan yang serba moden.


Bazaar Besar Isfahan yang tertutup dibina pada abad ke-10. Bazaar Besar Tehran tertutup yang panjangnya 10 km juga panjang sejarahnya. Sebuah lagi Bazaar Besar di Istanbul yang dibina pada abad ke-15 ialah salah sebuah pasar tertutup terbesar yang masih wujud di dunia, meliputi lebih 58 jalan dan 4,000 kedai.
Gostiny Dvor yang dibuka pada tahun 1785 di St. Petersburg, boleh dianggap sebagai salah sebuah binaan terawal yang dibina sebagai medan membeli-belah, kerana terdiri daripada lebih 100 kedai yang meliputi kawasan seluas 53,000  (Templat:Convert/ka2). Pasar Tertutup Oxford di OxfordEngland, dibuka pada tahun 1774 dan masih beroperasi hingga kini.
Burlington Arked di London dibuka pada tahun 1819. The Arcade di Providence, Rhode Islandmemperkenalkan konsep medan membeli-belah ke Amerika Syarikat pada tahun 1828, menjadikannya medan membeli-belah tertua di Amerika.[1] Pada 1860-an dibukanya Galleria Vittorio Emanuele II di MilanItali yang lebih menyerupai medan membeli-belah moden dari segi kelapangan. Diikuti pula oleh bandar-bandar lain yang turut mendirikan arked dan pusat membeli-belah sejak akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20, termasuk Cleveland Arcade dan GUM di Moscow (1890). Antara pusat membeli-belah terawal yang direka untuk peruncitan kereta termasuk Market Square, Lake Forest, Illinois (1916) dan Country Club PlazaKansas City, Missouri (1924).



Toronto Eaton Centre di pusat bandar Toronto
Pusat membeli-belah "Sevens" di DüsseldorfJerman

Tahukah anda, pusat beli belah juga akan menyumbang kesan negatif kepada semua orang. Mungkin ramai yang tidak menjangkakan kesan negatif ini. Antara kesannya adalah kompleks beli belah akan jadi tempat 'tanpa siang & malam' kerana keseluruhan bangunan beli belah tersebut dibina dengan batu yang amat besar dan tebal. Kita tahu keadaan di dalam bangunan tetapi tidak di luar.

Kompleks beli belah juga akan menjadi tempat yang riuh dan melalaikan. Riuh tersebut disertai nyanyian lagu yang melalaikan oleh artis. Remaja kini amat menyukainya.

Kompleks beli belah juga akan menjadikan seseorang itu tidak 'alert' atau peka pada waktu. Waktu amat penting dalam kehidupan masa kini.


Jadi, tak salah kita pergi ke kompleks beli belah. Tetapi, kita perlulah 'alert' pada waktu kerana masa yang belalu tak mungkin kembali. Masa akan berlalu pergi. Kita perlulah seiring dengan masa agar kita menjadi orang yang berguna.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan