Khamis, 30 Ogos 2012

Zodiak



Ramalan melalui bintang. Itulah yang dinamakan Zodiak. Kalau orang yang berfikiran Total Anti-Kristian ataupun Total Anti-Yahudi automatik akan menyatakan bahawa perkataan 'zodiak' ini berasal daripada gabungan 'ZON DIA AKU.' Tetapi, bagi orang yang mengkaji setiap perkara sebelum melakukan kesimpulan akan menyatakan bahawa zodiak ialah terdiri daripada gugusan buruj atau rasi bintang yang terletak disepanjang lingkaran (garisan) matahari. Bulan dan juga planet-planet di galam galaksi Bima Sakti terletak di dalam lingkaran matahari yang pada masa yang sama berada di ruangan gugusan zodiak. Sumber astrologi pula menyifatkan zodiak sebagai tanda-tanda buruj yang terbahagi kepada dua belas bentuk yang sama besar. Zodiak kini terbahagi kepada tiga belas buruj yang terdiri daripada dua belas tanda-tanda.



Bentuk dan ciri-ciri zodiak

  • Aries (): Kambing biri-biri – kawasan ekuinoks musim bunga pada 21 Mac, yang merupakan tempoh tahun baru bagi kalendar purba.
  • Taurus (): Lembu jantan.
  • Gemini (): Si kembar
  • Cancer (): Ketam – bermulanya musim panas, 21 Jun.
  • Leo (): Singa.
  • Virgo (): Gadis yang masih dara.
  • Libra (): Dacing – musim gugur 21 September.
  • Scorpio (): Kala jengking.
  • Sagittarius (): Centaur si pemanah.
  • Capricorn (): Kambing laut – musim sejuk 21 Disember.
  • Aquarius (): Pembawa air.
  • Pisces (): Ikan.


Virgo. Zodiak yang juga terkenal. Namun, ada yang menyifatkan bahawa Virgo adalah lambang yang tak baik. Tetapi, Umat Islam pasti marah sekiranya Virgo diterbalikkan.


Virgo.svgSebelum diterbalikkan
Virgo

Selepas diterbalikkkan
Allah


Adakah ini satu kebetulan ataupun sengaja dirancang oleh Yahudi dan Nasrani (Kristian) yang sentiasa mahu Islam hancur lumat-lumat di atas muka bumi ini. Apa pun, saya mengambil pendekatan yang positif iaitu, menganggap Virgo terbalik itu sebagai kebetulan sahaja.




Sebagai umat Islam, kita perlu berhadapan semua perkara ini kerana Allah s.w.t mahu mencabar hamba-Nya dengan cabaran yang cukup besar antaranya perkara di atas. Zodiak tidak bersalah dalam hal ini. Yang bersalah dalam kes ini hanyalah Zodiak Virgo sahaja. Jadi, apa yang kita boleh lakukan? Sama ada menukar lambang Virgo ataupun terus tidak mempercayai apa atau siapa Zodiak. Sekiranya kita mempercayai 100% Zodiak, KUFURLAH SESEORANG UMAT ISLAM TERSEBUT. Sebab apa kufur, sebabnya sipolan tersebut lebih mempercayai Zodiak berbanding ketentuan yang telah Allah berikan di Lauh Mahfuz.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan