Jumaat, 31 Ogos 2012

Allah Tuhan Yang Maha Kuasa

Bumi. Tempat makhluk-makhluk hidup. Tentu makhluk di bumi ini tertanya-tanya, siapakah pencipta seluruh alam ini dengan teratur dan tiada cacat cela. Bagi Islam, mereka mempercayai bahawa tiada pencipta lain selain Allah S.W.T. Allah menjadikan bumi sebagai tempat bagi makhluk-makhluk-Nya mencari bekalan untuk menghadapi satu lagi alam, iaitu alam Barzakh. Alam ini akan menjadi sebahagian daripada taman-taman Syurga sekiranya makhluk itu mengerjakan apa yang disuruh oleh Allah. Tetapi, ia juga boleh jadi sebahagian daripada lubang-lubang neraka bagi makhluk yang banyak mendustakan Allah.


Jikalau kita mahu mencari bukti kekuasaan Allah, kita tidak akan dapat kira. Jangan pandang terlalu jauh, pandang diri kita sudah cukup. Lihat pada kepala kita terlebih dahulu. Mata ada dua biji, hidung ada dua lubang, mulut pula dilengkapi dengan bibir yang menutupi mulut daripada terbuka. Adakah ini ciptaan manusia atau haiwan? Tentulah tidak, semua ini dicipta oleh pencipta yang maha sempurna iaitu Allah.

Bola Mata

Keseluruhan Kepala Manusia (Muka)

Tetapi, Yahudi mengkaji bahawa manusia wujud disebabkan oleh evolusi haiwan. Mereka mempercayai setiap haiwan bakal berubah bentuk dari masa ke masa. Charles Darwin, dalang disebalik pengkajian ini.


Adakah kita sekeluarga dengan monyet ataupun orang utan?

Inilah si pembohong besar.

Jadi, sudah jelaslah bahawa manusia berasal daripada keturunan manusia sendiri dan bukanlah berasal daripada evolusi beruk, monyet dan orang utan. Bermulanya dengan Adam a.s dan berakhir dengan Muhammad s.a.w. 25 Nabi ini dihantar oleh Allah kerana mahu menunjukkan kebenaran sebenar bahawa pencipta hanya satu, mengajarkan ilmu Allah dan mengajarkan agama Allah.

Kesimpulannya, Allah s.w.t adalah tuhan yang satu seperti yang diceritakan dalam surah al-ikhlas ayat 1-4 yang bermaksud

1 . Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.
2 . “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.
3 . Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan
4 . Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.

Agama Allah hanya satu, iaitu Islam. Tiada agama yang diterima oleh Allah selain Islam. Ini telah diterangkan dalam surah al-kafirun ayat 6 yang bermaksud :-

“Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan