Isnin, 10 September 2012

Atheist Penyesat Besar.

Alam semulajadi? Bukankah Allah yang mencipta alam ini. Mustahil alam ini tercipta dengan sendirinya. Itulah yang menjadi kebingungan umat islam ketika ini kerana ada sebuah kumpulan yang menafikan kewujudan tuhan iaitu Allah. Atheist Ateisme bukan satu agama tetapi merupakan satu bentuk kepercayaan yang menafikan kewujudan TuhanWalaupun penafian tuhan sudah wujud pada zaman-zaman kuno, contohnya pada zaman jahiliah, tetapi hanya pada abad ke-19, ateisme membentuk menjadi satu fahaman dan aliran pemikiran, dengan adanya ahli fikir yang berterus-terang menafi kewujudan tuhan dengan dalil-dalilnya yang tersendiri. Tokoh-tokoh atheism yang terkenal ialah Friedrich Nietzsche (1844–1900), dan juga Karl Marx (1818–1883),

Friedrich Nietzsche merupakan orang yang latang sekali menyaran kepada ateisme, dengan pernyataannya "Tuhan Sudah Mati". Adapun pernyataan beliau telah menggemparkanmasyarakat barat pada zaman itu. Pernyataan beliau menandakan bermulanya perubahan nilai pusat dalam umat Barat. Dengan itu, sistem nilai umat Barat, mula berubah dan tidak lagi berpusat pada akidah Kristian.


DALIL-DALIL ATHEISM

  • Kewujudan tuhan tidak memenuhi kriteria sebagai satu kewujudan
    Ini adalah kerana Tuhan tidak mempunyai jasad yang dapat diterima oleh deria manusia dan tidak pula dapat dikesan oleh mesin-mesin. Perasaan manusia mengenai kewujudan Tuhan dianggap khayalan semata-mata.
  • Masalah kesengsaraan di atas bumi
    Adanya kejahatan dan kesengsaraan di dunia menunjukkan bahawa Tuhan yang mempunyai kuasa mutlak dan bersifat baik tidak wujud. Sekiranya Tuhan yang berkuasa mutlak dan bersifat baik wujud, mengapakah ia mengizinkan kejahatan dan kesengsaraan ini terus berlaku?
  • Masalah Logikal
    Soalan "Adakah Tuhan itu berkuasa untuk mencipta satu batu yang terlalu berat, yang tidak mampu diangkat oleh dirinya sendiri?". Soalan ini menunjukkan sifat Maha Berkuasa yang ada pada Tuhan sukar melalui ujian lojik.
  • Teori Penipuan-Sendiri(Teori Pragmatisme)
    Manusia mencipta tuhan untuk tujuan kawalan sosial dan sebagai tongkat untuk menghadapi kematian ataupun kesusahan.
  • Ketidaksinambungan
    Terdapat beribu-ribu agama di dunia ini dan masing-masing mempunyai imej Tuhan tersendiri dan bercanggah antara satu sama lain. Jika wujudnya satu Tuhan yang Maha Adil dan Maha Mengetahui, keadaan ini tidak mungkin berlaku.


FAKTOR-FAKTOR MUNCULNYA ATHEISM


  • Perkembangan Teknologi dan Sains
    Dengan adanya kuasa teknologi, manusia tidak lagi bergantung kepada kuasa ghaib seperti Tuhan untuk menghadapi waktu genting dalam hidup. Pengetahuan dalam sainsjuga membolehkan manusia menjawab kebanyakan misteri alam semesta yang dulunya memerlukan Tuhan sebagai medium jawapan
  • Fahaman Sosial-Progresif
    Fahaman sosial progresif menganggap adat dan norma dalam masyarakat merupakan satu pemboleh ubah yang akan berubah-ubah mengikut peredaran masa. Lebih-lebih lagi, masyarakat ini menyanjung nilai pembaharuan dan mengkeji nilai lama. Dengan anggapan agama satu pemboleh ubah dalam masyarakat, orang yang kuat berpegang agama, akan dianggap sebagai "konservatif" satu nilai negatif dalam masyarakat ini.
  • Faktor Moraliti
    Ateis percaya bahawa moral tidak perlu wujud daripada rasa takut terhadap neraka ataupun ganjaran daripada syurga. Mereka menganggap bahawa kebolehan manusia untuk berlaku baik atau sebaliknya tidak memerlukan kewujudan tuhan dan syaitan.

Atheist telah menyebabkan seluruh remaja di dunia terpengaruh dengan budaya Hedonism. Hedonism ialah budaya yang bertuhankan hiburan. Atheist juga telah menyebabkan pelajar-pelajar kolej dan universiti di seluruh dunia terjebak dalam satu lagi budaya iaitu, budaya Pluralism. Pluralism ialah budaya yang menganggap dan mempercayai bahawa semua agama adalah sama. Islam sama seperti Kristian. Yahudi sama seperti Islam. Islam sama seperti Buddha dan yang paling teruk sekali ialah Islam adalah sama dengan semua agama.

Jadi, sudah jelas bahawasanya Atheist ialah sesat dan KUFUR kerana tidak mempercayai Allah itu wujud. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan