Jumaat, 7 September 2012

Majusi

Majusi atau Zoroastrianisme adalah sebuah agama purba Parsi yang diasaskan oleh Zarathustra. Ia juga bukan sahaja sebuah agama, tetapi sebuah falsafah kehidupan, sama seperti taoisme dari China. Sebelum kelahiran nabi Muhammad, agama ini merupakan agama yang utama di Timur Tengah dan Asia Tengah, namun pada hari ini, penganutnya adalah minoriti dimana kebanyakan mereka bertumpu di India.

Catatan pertama mengenai agama Majusi bertarikh sekitar pertengahan abad ke lima sebelum masihi (SM). Ia adalah tulisan Herodotus yang bertajuk Sejarah (diterbitkan pada 440 SM) yang dimana penulisan ini menceritakan mengenaibangsa Iran purba. Tulisan beliau merupakan sumber utama mengenai sejarah awal Empayar Achaemenid (648 SM330 SM) dan dalam penulisan beliau, orang Parsi digelar sebagai Medes atau Mada dan Parsi ketika itu terbahagi kepada beberapa puak. Puak-puak ini kemudiannya disatukan dibawah pemerintahan Cyrus Agung yang merupakan raja Achaemenid. Dalam penulisan ini juga, tersebut puak ke-enam Medes yang digelar Magi yang berkemungkinan adalah golongan paderi dan mereka ini mempunyai pengaruh yang kuat dalam pentadbiran Medes. Magi ini berpegang kepada ajaran Zurvanisme, salah satu cabang agama Majusi.

Faravahar adalah pengawal agama Majusi.

Inskripsi Behistun

Empayar-empayar Parsi kemudiannya disatukan dibawah pimpinan Cyrus Agung diikuti dengan putranya Cambyses II. Kuasa Magi ketika zaman mereka ini disekat menyebabkan pemberontakan pada tahun 522 SM. Golongan Magi in kemudiannya mencalonkan Smerdis sebagai raja Parsi dan mendakwa bahwa beliau adalah putra Cyrus. Pencalonan ini tidak mendapat bantahan daripada jajahan-jajahan Parsi kerana Cambyses yang memerintah Parsi ketika itu adalah seorang bersikap kuku besi dan juga selalu menghabiskan masa di Mesir daripada di Parsi. Malahan Smerdis menjanjikan pelepasan cukai selama tiga tahun kepada rakyat Parsi. (Herodotus iii. 68).

Menurut Inskripsi Behistun, Smerdis memerintah selama tujuh tahun sebelum digulingkan oleh Darius I pada tahun 521 SM. Golongan Magi kemudiannya ditindas dibawah pemerintahan Darius walaupun beliau mendakwa berpegang kepada ajaran Ahura Mazda, sebuah konsep ketuhanan dalam agama Majusi. Terdapat beberapa cubaan dari golongan Magi ini untuk menjatuhkan Darius, tetapi cubaan-cubaan ini berakhir dengan kegagalan.

Majusi juga boleh dikaitkan dengan api kerana mereka menganggap api adalah tuhan mereka. Majusi juga adalah agama kuno.

Api sembahan penganut Majusi

Majusi adalah agama langit II

Apabila olimpik akan bermula, beberapa minggu sebelum olimpik biasanya akan diadakan perarakan Obor Olimpik. Tahukah anda bahawa Obor Olimpik itu adalah sebahagian daripada pemujaan kepada api oleh penganut Majusi.

Obor Olimpik 2012 London

Perarakan Obor Olimpik

Api pada obor ini dikatakan ajaib kerana api tersebut seolah-olah menyerupai orang yang sedang berlari.

Becks juga adalah sebahagian daripada Majusi.

Pemegang Obor.

Jadi semuanya jelas bahawa Majusi adalah agama langit. Bagi Islam, sesiapa yang memuja selain Allah, Kufurlah seseorang Islam. Saya harap anda dapat memikir mana yang baik dan mana yang buruk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan