Isnin, 10 September 2012

Atheist Penyesat Besar.

Alam semulajadi? Bukankah Allah yang mencipta alam ini. Mustahil alam ini tercipta dengan sendirinya. Itulah yang menjadi kebingungan umat islam ketika ini kerana ada sebuah kumpulan yang menafikan kewujudan tuhan iaitu Allah. Atheist Ateisme bukan satu agama tetapi merupakan satu bentuk kepercayaan yang menafikan kewujudan TuhanWalaupun penafian tuhan sudah wujud pada zaman-zaman kuno, contohnya pada zaman jahiliah, tetapi hanya pada abad ke-19, ateisme membentuk menjadi satu fahaman dan aliran pemikiran, dengan adanya ahli fikir yang berterus-terang menafi kewujudan tuhan dengan dalil-dalilnya yang tersendiri. Tokoh-tokoh atheism yang terkenal ialah Friedrich Nietzsche (1844–1900), dan juga Karl Marx (1818–1883),

Friedrich Nietzsche merupakan orang yang latang sekali menyaran kepada ateisme, dengan pernyataannya "Tuhan Sudah Mati". Adapun pernyataan beliau telah menggemparkanmasyarakat barat pada zaman itu. Pernyataan beliau menandakan bermulanya perubahan nilai pusat dalam umat Barat. Dengan itu, sistem nilai umat Barat, mula berubah dan tidak lagi berpusat pada akidah Kristian.


DALIL-DALIL ATHEISM

  • Kewujudan tuhan tidak memenuhi kriteria sebagai satu kewujudan
    Ini adalah kerana Tuhan tidak mempunyai jasad yang dapat diterima oleh deria manusia dan tidak pula dapat dikesan oleh mesin-mesin. Perasaan manusia mengenai kewujudan Tuhan dianggap khayalan semata-mata.
  • Masalah kesengsaraan di atas bumi
    Adanya kejahatan dan kesengsaraan di dunia menunjukkan bahawa Tuhan yang mempunyai kuasa mutlak dan bersifat baik tidak wujud. Sekiranya Tuhan yang berkuasa mutlak dan bersifat baik wujud, mengapakah ia mengizinkan kejahatan dan kesengsaraan ini terus berlaku?
  • Masalah Logikal
    Soalan "Adakah Tuhan itu berkuasa untuk mencipta satu batu yang terlalu berat, yang tidak mampu diangkat oleh dirinya sendiri?". Soalan ini menunjukkan sifat Maha Berkuasa yang ada pada Tuhan sukar melalui ujian lojik.
  • Teori Penipuan-Sendiri(Teori Pragmatisme)
    Manusia mencipta tuhan untuk tujuan kawalan sosial dan sebagai tongkat untuk menghadapi kematian ataupun kesusahan.
  • Ketidaksinambungan
    Terdapat beribu-ribu agama di dunia ini dan masing-masing mempunyai imej Tuhan tersendiri dan bercanggah antara satu sama lain. Jika wujudnya satu Tuhan yang Maha Adil dan Maha Mengetahui, keadaan ini tidak mungkin berlaku.


FAKTOR-FAKTOR MUNCULNYA ATHEISM


  • Perkembangan Teknologi dan Sains
    Dengan adanya kuasa teknologi, manusia tidak lagi bergantung kepada kuasa ghaib seperti Tuhan untuk menghadapi waktu genting dalam hidup. Pengetahuan dalam sainsjuga membolehkan manusia menjawab kebanyakan misteri alam semesta yang dulunya memerlukan Tuhan sebagai medium jawapan
  • Fahaman Sosial-Progresif
    Fahaman sosial progresif menganggap adat dan norma dalam masyarakat merupakan satu pemboleh ubah yang akan berubah-ubah mengikut peredaran masa. Lebih-lebih lagi, masyarakat ini menyanjung nilai pembaharuan dan mengkeji nilai lama. Dengan anggapan agama satu pemboleh ubah dalam masyarakat, orang yang kuat berpegang agama, akan dianggap sebagai "konservatif" satu nilai negatif dalam masyarakat ini.
  • Faktor Moraliti
    Ateis percaya bahawa moral tidak perlu wujud daripada rasa takut terhadap neraka ataupun ganjaran daripada syurga. Mereka menganggap bahawa kebolehan manusia untuk berlaku baik atau sebaliknya tidak memerlukan kewujudan tuhan dan syaitan.

Atheist telah menyebabkan seluruh remaja di dunia terpengaruh dengan budaya Hedonism. Hedonism ialah budaya yang bertuhankan hiburan. Atheist juga telah menyebabkan pelajar-pelajar kolej dan universiti di seluruh dunia terjebak dalam satu lagi budaya iaitu, budaya Pluralism. Pluralism ialah budaya yang menganggap dan mempercayai bahawa semua agama adalah sama. Islam sama seperti Kristian. Yahudi sama seperti Islam. Islam sama seperti Buddha dan yang paling teruk sekali ialah Islam adalah sama dengan semua agama.

Jadi, sudah jelas bahawasanya Atheist ialah sesat dan KUFUR kerana tidak mempercayai Allah itu wujud. 

Jumaat, 7 September 2012

Majusi

Majusi atau Zoroastrianisme adalah sebuah agama purba Parsi yang diasaskan oleh Zarathustra. Ia juga bukan sahaja sebuah agama, tetapi sebuah falsafah kehidupan, sama seperti taoisme dari China. Sebelum kelahiran nabi Muhammad, agama ini merupakan agama yang utama di Timur Tengah dan Asia Tengah, namun pada hari ini, penganutnya adalah minoriti dimana kebanyakan mereka bertumpu di India.

Catatan pertama mengenai agama Majusi bertarikh sekitar pertengahan abad ke lima sebelum masihi (SM). Ia adalah tulisan Herodotus yang bertajuk Sejarah (diterbitkan pada 440 SM) yang dimana penulisan ini menceritakan mengenaibangsa Iran purba. Tulisan beliau merupakan sumber utama mengenai sejarah awal Empayar Achaemenid (648 SM330 SM) dan dalam penulisan beliau, orang Parsi digelar sebagai Medes atau Mada dan Parsi ketika itu terbahagi kepada beberapa puak. Puak-puak ini kemudiannya disatukan dibawah pemerintahan Cyrus Agung yang merupakan raja Achaemenid. Dalam penulisan ini juga, tersebut puak ke-enam Medes yang digelar Magi yang berkemungkinan adalah golongan paderi dan mereka ini mempunyai pengaruh yang kuat dalam pentadbiran Medes. Magi ini berpegang kepada ajaran Zurvanisme, salah satu cabang agama Majusi.

Faravahar adalah pengawal agama Majusi.

Inskripsi Behistun

Empayar-empayar Parsi kemudiannya disatukan dibawah pimpinan Cyrus Agung diikuti dengan putranya Cambyses II. Kuasa Magi ketika zaman mereka ini disekat menyebabkan pemberontakan pada tahun 522 SM. Golongan Magi in kemudiannya mencalonkan Smerdis sebagai raja Parsi dan mendakwa bahwa beliau adalah putra Cyrus. Pencalonan ini tidak mendapat bantahan daripada jajahan-jajahan Parsi kerana Cambyses yang memerintah Parsi ketika itu adalah seorang bersikap kuku besi dan juga selalu menghabiskan masa di Mesir daripada di Parsi. Malahan Smerdis menjanjikan pelepasan cukai selama tiga tahun kepada rakyat Parsi. (Herodotus iii. 68).

Menurut Inskripsi Behistun, Smerdis memerintah selama tujuh tahun sebelum digulingkan oleh Darius I pada tahun 521 SM. Golongan Magi kemudiannya ditindas dibawah pemerintahan Darius walaupun beliau mendakwa berpegang kepada ajaran Ahura Mazda, sebuah konsep ketuhanan dalam agama Majusi. Terdapat beberapa cubaan dari golongan Magi ini untuk menjatuhkan Darius, tetapi cubaan-cubaan ini berakhir dengan kegagalan.

Majusi juga boleh dikaitkan dengan api kerana mereka menganggap api adalah tuhan mereka. Majusi juga adalah agama kuno.

Api sembahan penganut Majusi

Majusi adalah agama langit II

Apabila olimpik akan bermula, beberapa minggu sebelum olimpik biasanya akan diadakan perarakan Obor Olimpik. Tahukah anda bahawa Obor Olimpik itu adalah sebahagian daripada pemujaan kepada api oleh penganut Majusi.

Obor Olimpik 2012 London

Perarakan Obor Olimpik

Api pada obor ini dikatakan ajaib kerana api tersebut seolah-olah menyerupai orang yang sedang berlari.

Becks juga adalah sebahagian daripada Majusi.

Pemegang Obor.

Jadi semuanya jelas bahawa Majusi adalah agama langit. Bagi Islam, sesiapa yang memuja selain Allah, Kufurlah seseorang Islam. Saya harap anda dapat memikir mana yang baik dan mana yang buruk.

Catur & Kristian

Catur ataupun nama famousnya, chess merupakan permainan yang cukup digemari oleh sebahagian penduduk bumi khususnya di Malaysia. Pada usia seawal 7 tahun anak-anak yang belajar di Sekolah Kebangsaan ataupun SK selalunya telah didedahkan dengan permainan chess ini. Apa itu chess? Apakah tujuan chess dicipta? Adakah chess boleh diterapkan dalam pelajaran pada era kemodenan kini? Apa kaitan chess dan kristian?

Saya akan jawap soalan yang pertama terlebih dahulu. Chess adalah permainan dua orang yang dimainkan di atas papan catur, papan berkotak-kotak persegi dengan 64 petak yang disusun dalam grid lapan oleh lapan.Ia adalah salah satu permainan yang paling popular di dunia, dimainkan oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia di rumah, di kelab-kelab, dalam talian, melalui surat-menyurat, dan dalam kejohanan.

A selection of black and white chess pieces on a chequered surface.


Dalam permainan ini ada 2 warna iaitu hitam dan putih. Setiap pemain dibekalkan dengan satu raja (King), satu ratu (Queen), dua Rooks (Rooks), dua kuda (Knight), dua biskop (Bishop), dan lapan bidak (Pawns). Chess telah dikategorikan sebagai permainan yang memerlukan strategi untuk menang.


Tujuan chess dicipta pula ialah bagi melahirkan pelajar yang mampu memberi saingan kepada pelajar luar negara. Chess juga ialah faktor utama mengapa negara di eropah seperti Jerman, Great Britain (England, Scotland, Wales, Ireland), Sepanyol maju kerana anak-anak mereka telah dididik sejak kecil lagi tentang kepentingan permainan ini.


Soalan yang terakhir semestinya soalan yang GEMPAK kerana soalan ini membabitkan agama. Kristian seperti mana yang diketahui oleh umat Islam ialah sebuah agama yang sentiasa memburu umat Muhammad untuk sesat bersama mereka. Jadi, chess juga mungkin salah satu penyesatan yang dilakukan oleh kaum kristian. 



Barisan Pertama(Kiri) : King, Queen, Rooks, Knight, Bishop, Pawn.

Barisan Kedua(Kanan) : Pawn, Bishop, Knight, Rooks, Queen, King.


Kedudukan diatas sama seperti yang berlaku dalam...................................





Gereja Katolik.

Gereja Baptist

Gereja Presbyterian

Adakah kita mahu anak-anak kita menjadi seperti orang eropah yang pandai tetapi berfikiran Jahiliyyah ataupun kotor. Pemikiran kanak-kanak akan menjadi kotor sekiranya kanak-kanak itu belajar perkara yang kotor. Namun, jika kita mahu generasi akan datang berfikiran sekular seperti Mustafa Kemal Atatürk.

.M.K.A.

Sama-sama kita renungkan mana yang baik dan mana yang buruk. Semoga anda mengambil iktibar dalam blog saya pada kali ini.