Sabtu, 7 Mei 2011

Lagi Penipuan Dari AS

Adakah Osama Bin Laden,pemimpin Al-Qaeda telah mati? Jika sudah mati, mengapa mayat tidak ditanam? Mengapa mayat harus dicampak ke laut.

Pemimpin Al-Qaeda yang dikaitkan dengan serangan 11 September 2001 di Amerika Syarikat itu dikatakan telah di bunuh oleh pasukan gerakan khas tentera laut Amerika Syarikat (AS) di Abbottabad, kira-kira 45 kilometer dari Islamabad, Pakistan.

Turut terbunuh dalam serangan kira-kira 40 minit oleh pasukan gerakan khas tentera laut AS ialah anak lelaki Osama, seorang wanita yang tidak dikenali dan dua lelaki lain.

Osama yang ditembak di kepala dikatakan memberi tentangan sebelum terbunuh dalam pertempuran yang turut membabitkan penggunaan dua helikopter.

Info:

Operasi bunuh Osama.

-Perkarangan rumah yang diserbu di keliling tembok setinggi empat hingga enam meter dengan dawai berduri, tetapi mempunyai kemudahan telefon, mahupun internet

-Serangan kira-kira 40 minit komando AS membabitkan dua helikopter. Salah sebuah helikopter AS yang menyertai operasi itu dikatakan terhempas lalu meletup.

-Mayat Osama disemadikan di laut dan disahkan media AS yang memetik pegawai di Washington, untuk mengelakkan kuburnya dijadikan tempat pemujaan oleh golongan ekstrem.

Kesahihan bahawa Pemimpin Al-Qaeda itu mati masih tidak dipersetuju oleh media antarabangsa.


Masih tertanya-tanya. Sama ada masih hidup atau sebaliknya.

Jika dikaji semula, gambar ini seolah-olah telah diubahsuaikan. Lihat pada janggutnya, ia seperti 'crop' dan 'paste' kerana ia nampak seperti kabur-kabur. Dan gambar diatasnya pula nampak jelas dan tidak kabur.


Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan