Sabtu, 7 Mei 2011

Rahsia Penjara Guantanamo di AS terbongkar

Amerika Syarikat terbukti tersilap kerana menempatkan tahanan di Teluk Guantanamo, menahan mereka selama beberapa tahun tanpa bukti dan alasan yang kukuh untuk menahan mereka yang tidak bersalah.

Sebahagian fail sulit yang didedahkan laman web anti-rahsia Wikileaks menunjukkan pihak berkuasa Amerika menghadapi masalah menguruskan bukti yang sering tempang dan mengelirukan berkaitan tahanan yang 'dikatakan bersalah' atau tidak yang ditahan di penjara pangkalan tentera laut Amerika itu.

Seorang petani miskin Afghanistan yang tidak ada kaitan dengan militan ditahan selama dua tahun tanpa dibicarakan dalam satu kes kesilapan identiti, menurut dokumen.

Pentadbiran Presiden Barack Obama, yang cuba menutup penjara kontroversi Guantanamo itu, mengecam penyiaran dokumen sulit terbabit, sebahagian memorandum rahsia yang disembunyikan secara besar-besaran namun didedahkan WikiLeaks, tahun lalu.

Kerajaan Amerika dalam satu kenyataan menekankan, pentadbiran Obama dan George W Bush membuat 'segala usaha untuk bertindak dengan berhati-hati dan teliti dalam memindahkan tahanan dari Guantanamo.'

Rahsia yang disimpan secara besar-besaran oleh Amerika Syarikat akhirnya terbongkar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan